fbpx

10,000 jururawat lari keluar negara, jejas sistem kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Penghijrahan secara besar-besaran jururawat berpengalaman ke luar negara boleh menggugat sistem kesihatan Malaysia dalam tempoh lima tahun lagi.

Presiden Kesatuan Jururawat Malaya, Nor Hayati Abd Rashid berkata, baki jururawat di sini tidak mampu untuk menampung jumlah pesakit yang ramai.

“Disebabkan tak cukup jururawat, mereka akan dipaksa be­kerja untuk tempoh masa yang lama hingga mengalami keletihan melampau.

“Kemudian ia akan menjurus kepada kesilapan pengurusan pesakit,” katanya ketika dihubu­ngi.

Semalam Kosmo! melaporkan faktor gaji sehingga empat kali ganda menjadi punca utama ramai jururawat berhijrah ke luar negara seperti Arab Saudi, ­Singapura, Jerman dan United Kingdom.

Menurut Nor Hayati, penghijrahan jururawat ke luar negara bukanlah satu-satunya faktor yang menyumbang kepada kekurangan tenaga kerja itu.

Tambahnya, faktor lain termasuk persaraan, meninggal dunia, terpaksa tamatkan perkhidmatan kerana masalah kesihatan dan lain-lain.

“Kerajaan perlu kaji semula Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal kerana agak mustahil kerajaan akan naikkan gaji jururawat. Jika elaun dikaji, ia akan membantu jururawat berdepan dengan kenaikan kos sara hidup,” katanya.

Sementara itu, Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) membe­ritahu, seramai 9,152 jururawat terlatih Malaysia direkodkan bekerja di 24 negara di seluruh dunia pada sejak lima tahun lalu.

“Statistik menunjukkan tiada peningkatan yang ketara permohonan untuk tempoh lima tahun ini iaitu kurang daripada 2.5 peratus setiap tahun.

“Jumlah terkini jururawat di seluruh Malaysia adalah seramai 115,230 yang terdiri daripada 70,797 jururawat bekerja di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 36,804 (swasta) dan 7,629 (fasiliti bukan KKM),” katanya.

Menurut LJM, secara purata terdapat antara 4,000 hingga 5,000 gaduan jururawat didaftarkan pada setiap tahun.

“Pihak swasta boleh menggajikan graduan tempatan yang masih belum dilantik samada di KKM atau swasta,” ujarnya.

Berita lanjut: Jururawat raih gaji 4 kali ganda bekerja di luar negara

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI