fbpx

Isu kecurian REE di Kedah bukan soal Saifuddin lawan Sanusi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin Nasution dan Muhammad Sanusi.

PETALING JAYA – “Saya banyak kali pesan, pendedahan saya bukan soal Saifuddin lawan Sanusi” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut beliau, pendedahannya berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah soal kegagalan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Perikatan Nasional.

Katanya, beliau telah bertanya bermacam hal terkait isu REE di Kedah, tapi Muhammad Sanusi tidak menjawab.

“Terbaru Sanusi akhirnya mengaku bahawa REE Kedah memang telah dicuri, tetapi yang mencuri itu adalah Ho Chung Meng.

“Kini saya tanya lagi, mengapa Chung Meng yang telah ditangkap dan dikompaun pada Januari 2023, tetapi pada 15 Mei 2023 masih ada lagi surat beri izin kepada Mahir Binari.

“Mengusahakan 500 hektar lagi pembangunan Ladang Hutan di Kawasan Hutan Simpan Bukit Enggang.

“Chung Meng adalah pemilik Mahir Binari,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini

Saifuddin berkata, REE merupakan hak rakyat Kedah dan kecurian yang jelas depan mata itu tidak boleh dibenarkan terus berlaku akibat kegagalan dan kelemahan pentadbiran Kedah.

“Saya nak ajak seluruh pengundi di Kedah untuk #KalihBagiSama pada 12 Ogos nanti,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI