fbpx
Gambar hiasan

Dapat 50 permohonan sebulan daripada jururawat yang ingin berhijrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Satu agensi menguruskan kemasukan pekerja ke luar negara mendedahkan pihaknya menerima sehingga 50 permohonan sebulan daripada jururawat yang ingin berhijrah dan ia mula ketara sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Sehat Jobs, Armand Yeoh Abdullah berkata, antara negara yang dipohon termasuk Arab Saudi dan Singapura atas faktor gaji di samping mesra Muslim.

Katanya, setiap jururawat perlu menyediakan sehingga RM10,000 sebagai kos untuk ditempatkan di luar negara.

“Sebelum ini hanya sekitar 20 permohonan setiap bulan tetapi mula meningkat kepada 40 sejak PKP tamat. Antara sebab ialah permintaan tinggi di peringkat global dan gaji.

“Selain itu, mereka mahu dihargai, dihormati, mencari pe­ngalaman, kemahiran dan keseimbangan kehidupan kerja,” katanya.

Menurut Armand, ketika ini banyak yang memohon untuk ke United Kingdom, Amerika Syarikat dan New Zealand kerana membenarkan mereka membawa keluarga.

Sementara itu, Pensyarah Kejururawatan di Universiti Mahsa, Puteri Norliana Megat Ramli, berkata, lebih 1,200 permohonan diterima untuk jururawat berpindah ke Jerman sejak Mei lalu.

“Jerman tawarkan gaji tinggi kepada graduan diploma. Kami menerima lebih 50 permohonan sebulan,” katanya.

Menurut Puteri Norliana, negara-negara seperti Singapura, United Kingdom dan Eropah menjanjikan pengalaman dan peluang untuk dinaikkan pangkat jika mempunyai kepakaran serta pengalaman yang cukup.

“Negara luar juga lebih stabil dari segi ekonomi, politik dan persekitaran. Lepas lima tahun, jururawat Malaysia sudah boleh dapat status penduduk tetap dan ia memberi kelebihan lain pula buat mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN