fbpx

PRN: Sokong PN peluang terakhir ahli UMNO selamatkan parti itu – Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Annuar ketika berucap pada ceramah umum PN di Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang, malam tadi.

KUALA SELANGOR – Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) disifatkan sebagai peluang terakhir ahli dan penyokong UMNO menyelamatkan parti itu iaitu memilih Perikatan Nasional (PN) pada 12 Ogos depan.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, mereka perlu menyatakan sokongan itu demi parti yang banyak berjasa dalam pembangunan negara sejak sebelum zaman kemerdekaan.

Kata beliau, hanya ada satu ruang untuk memulihkan UMNO ingin iaitu menerusi referendum rakyat pada PRN ini.

“Ini menjadi peluang akhir ahli-ahli UMNO selamatkan parti itu dengan menyertai referendum rakyat biarpun terpaksa melihat UMNO kalah teruk.

“Jika UMNO terus diberi mandat dalam PRN enam negeri ini, saya bimbang parti itu akan terus menjadi alat kepada parti lain,” katanya ketika ditemui selepas program ceramah umum di Sungai Gulang-Gulang, Tanjong Karang di sini, malam tadi.

Annuar memberitahu, tidak salah sekiranya ahli UMNO memberi sokongan kepada PN dalam PRN enam negeri.

Ditanya sama ada beliau masih menyayangi UMNO, Annuar berkata, semua orang Melayu yang mengetahui sejarah politik menyayangi parti itu.

“UMNO berada pada landasan dan perjuangan yang betul tetapi pemimpin ketika ini menjadikan parti itu tidak lagi dihormati.

“Jadi rakyat tidak boleh menunggu UMNO dan saya dipecat. Bagaimana hendak baiki (parti)? Saya kena bersuara dan tidak boleh dicucuk hidung,” katanya yang kini menyertai Pas.

Mengulas peluang PN dalam PRN enam negeri, Annuar memberitahu, pengundi Melayu dan Bumiputera serta bukan Melayu akan bersatu padu di bawah satu obor sama dengan menyokong PN. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI