fbpx

Papan iklan calon PN dirobohkan, polis buka kertas siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein.

PETALING JAYA – Polis membuka satu kertas siasatan berhubung papan iklan calon Perikatan Nasional (PN) dirobohkan individu tidak dikenali, semalam.

Sehubungan itu, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam pada itu, pihaknya menerima 55 laporan sempena Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) di Selangor.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan 54 laporan polis pula diklasifikasikan sebagai NOD iaitu laporan polis yang dibuat tidak ada apa-apa kesalahan dan tangkapan.

“Laporan polis ini dibuat oleh Pasukan Ops Cantas yang melakukan pemeriksaan menerusi Ops Cantas PRN di Selangor.

“Sebanyak 286 kempen berpermit diadakan semalam dengan satu tanpa permit dan ceramah berpermit sebanyak 90,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Hussein, semua calon hendaklah memastikan pemasangan bendera parti, kain rentang dan poster tidak diletakkan di pagar premis kerajaan serta rumah ibadat.

“Selain itu turut dinasihatkan tidak meletakkan di lampu isyarat dan simpang jalan yang boleh menghalang pandangan pengguna jalan raya,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI