fbpx

LMK ‘melentik’, netizen yang gelabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STATUS adik kepada Neelofa menjadikan Ameera Khan seorang bintang media sosial yang mudah sahaja dibakar sensasi.

KALAU tak buat hal, bukan Little Miss Khan (LMK) namanya.

Siapa yang tidak kenal dengan adik kepada personaliti terkenal, Neelofa iaitu Ameera Khan itu?

Setiap perbuatan yang dilakukan, pasti akan menarik perhatian netizen. Terbaharu, Ameera sekali lagi menuai rasa janggal orang ramai apabila berkongsi gambar dengan gaya menayang bahagian punggungnya.

Ramai yang gelabah dan tak senang dengan tingkah-laku Ameera kerana dirasakan kurang sopan, lebih-lebih lagi statusnya sebagai adik ipar kepada pendakwah terkenal.

Dalam gambar yang dikongsikan, Ameera sengaja dilihat sengaja melentikkan bahagian punggungnya.

Bukan main lagi ‘aset’ yang dipamerkan Ameera sehingga menarik perhatian orang ramai.

“Kenapalah perangai dia seperti ini.

Tak ada rasa segan dengan abang ipar (Haris Ismail), “ tegur seorang netizen.

“Adoi dia tunjuk ‘barang’ (punggung) dia pula,” kata seorang pengguna Instagram.

Entahlah, Diva pun hairan dengan Ameera. Sebelum ini dah elok-elok bertudung, tiba-tiba sekarang kembali ‘togel’ pula. Nak cakap lebih-lebih nanti, kata Diva jahat pula.

DIVA: Perut makin membesar, tapi sampai sekarang Nad Zainal masih tak bercakap tentang kandungannya, mungkin nak hidup dalam privasi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI