fbpx

Dua beranak maut dalam kemalangan tayar kereta pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMALANGAN MAUT melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 276.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Selatan dekat Nilai di sini malam tadi.

SEREMBAN – Dua beranak termasuk seorang bayi lelaki berusia dua tahun maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 276.9 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah ke Selatan dekat Nilai di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdul Malik Hasim berkata, dalam kemalangan pada pukul 11.30 malam itu mangsa seorang lelaki berusia 30 tahun yang merupakan pemandu kereta Perodua Kancil maut di lokasi kejadian manakala bayi lelakinya maut pada pukul 7.40 pagi tadi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban.

“Isteri mangsa berusia 27 tahun serta seorang lagi anak mereka berusia lima tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah.

“Kemalangan berlaku melibatkan sebuah kereta Perodua Kancil dinaiki empat beranak itu dan dua buah Perodua Myvi,” katanya kepada media di sini hari ini.

Abdul Malik berkata, hasil siasatan awal mendapati Perodua Kancil itu sedang dalam perjalanan dari Kajang menuju ke Melaka kemudian apabila tiba di lokasi kejadian, tayar kenderaan tersebut disyaki telah pecah menyebabkan kereta hilang kawalan.

“Perodua Kancil itu telah melanggar besi penghadang pembahagi jalan di lorong kanan jalan.

“Pada masa yang sama sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang berada di lorong kanan tidak sempat mengelak dan telah melanggar kereta Perodua Kancil tersebut dan sebuah kereta Perodua Myvi yang berada di lorong kedua,” katanya.

Menurut Abdul Malik, kemalangan menyebabkan dua mangsa yang menaiki Perodua Kancil maut iaitu bapa dan bayi lelakinya manakala isteri dan seorang lagi anak mereka berusia lima tahun cedera parah.

“Tiga pemandu dan penumpang kenderaan lain pula mengalami kecederaan ringan. Kesemua mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban dan Hospital Kajang untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar bagi proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI