fbpx

[VIDEO] Rumah Azhar Sulaiman ada dua ‘penjaga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ‘House Tour’ yang dimuat naik di TikTok Azhar.

PETALING JAYA – Pelakon, Azhar Sulaiman berkongsi kisah di mana rumahnya dikatakan ‘dijaga’ oleh dua entiti.

Perkara itu diceritakan melalui siri video house tour khusus untuk pengikut di TikToknya baru-baru ini.

Menurut Azhar, perkara tersebut diketahui semasa dia membawa seorang ustaz untuk melawat kediamannya.

“Semasa ustaz itu sampai, pintu di bahagian atas berbunyi dengan kuat. Ustaz berseloroh ‘dia’ tahu ustaz datang.

“Ustaz ada bercakap mengenai beberapa perkara dan menasihatkan supaya kami sekeluarga tidak tinggalkan solat dan membaca al-Quran,” katanya.

Azhar berkata, ustaz itu memaklumkan bahawa terdapat dua entiti menjaga rumahnya, tetapi ia bukanlah makhluk yang berbahaya.

“Terdapat dua penjaga, satu di pintu sebelah kanan satu di sebelah kiri.

“Bagaimanapun makhluk itu katanya jenis yang baik, dia suka rumah ini, keluarga ini dan dia tolong jaga,” ujarnya.

Kata Azhar, selepas diberitahu mengenai perkara itu, dia sentiasa memastikan untuk membaca doa dan memberi salam ketika keluar dan masuk rumah.

“Ustaz ada beritahu terpulang kepada Encik Azhar nak suruh dia pergi ataupun nak biarkan saja. Ustaz ada maklumkan caranya tapi saya lupa nak buat,” tambahnya.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton lebih 300,000 kali. – KOSMO! ONLINE.

@theazharsulaimanMy house at Night – Part2

♬ Suspense a(3890) – jack nicolso

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI