fbpx

Sindiket penipuan dalam talian di P. Pinang masuk jerat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Soffian (tengah) ketika sidang akhbar rampasan dan tangkapan sindiket penipuan dalam talian di IPD Timur Laut, George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Satu sindiket penipuan dalam talian yang berpangkalan di luar negara tumpas
selepas polis menahan tiga lelaki tempatan dalam serbuan di dua buah kondominium mewah di Jalan Sultan Azlan Shah dan Persiaran Gurney, Selasa lalu.

Kesemua suspek yang berusia 26 tahun itu disyaki menerima arahan daripada ‘mastermind’ sindiket tersebut yang berada di luar negara menerusi aplikasi Telegram dan dipercayai aktif sejak enam bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, menerusi risikan dan pemerhatian, polis menahan seorang suspek lelaki di sebuah kondominium di Jalan Sultan Azlan Shah di sini pada pukul 9 malam.

“Polis merampas tiga kad mesin juruwang automatik (ATM) pelbagai bank bersamanya yang digunakan bagi kegiatan penipuan dalam talian.

“Susulan penahanan suspek, polis menyerbu sebuah lagi kondominium yang di Persiaran Gurney dan menahan dua lagi lelaki di situ,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kondominium itu, polis merampas 24 buah telefon bimbit, kad ATM pelbagai bank(35 keping), kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi(40 keping), komputer riba(dua unit), kad pengenalan disyaki palsu(lima keping), 10 unit ‘secure sign token’ dari dua buah bank dan slip transaksi deposit bank tempatan.

“Siasatan awal mendapati sindiket ini diketuai seorang lelaki warga asing yang berpusat di sebuah negara di rantau ini dan ahli sindiket tersebut dipercayai berkomunikasi secara dalam talian menerusi aplikasi Telegram.

“Purata transaksi yang dijalankan sindiket ini antara RM50,000 hingga RM100,000 sebulan dan tiga suspek tersebut pula dibayar upah RM2,500 hingga RM6,000 sebulan termasuk komisen 0.3 peratus bagi setiap transaksi yang dilakukan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI