fbpx

Cikgu Non tekad pulihkan ekonomi Bukit Kayu Hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Darul Qiyam Mall yang suram apabila hampir kesemua peniaga menutup perniagaan kerana ketiadaan pengunjung.

BUKIT KAYU HITAM – Pemulihan aktiviti ekonomi sempadan di Bukit Kayu Hitam menjadi antara agenda utama yang akan diberi perhatian sekiranya gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Calon BN, Zainol Abidin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non, 65, berkata, aktiviti perniagaan di kawasan sempadan itu termasuk di sebuah kompleks di situ, Darul Qiyam Mall lesu sejak sekian lama.

“Tiada lagi perniagaan di kompleks perniagaan Bukit Kayu Hitam selepas ramai peniaga menyerahkan kembali lot perniagaan kepada Majlis Daerah Kubang Pasu kerana ­tiada pengunjung.

“Andai ditakdirkan saya memperoleh mandat, ini adalah antara agenda yang akan diberikan perhatian untuk kembali merancakkan semula aktiviti perniagaan di kawasan tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Gelong Rambai di sini semalam.

Katanya, beliau akan berusaha mendapatkan pengurangan cukai bagi barangan tertentu untuk membolehkan peniaga menjual barangan lebih murah selain menarik lebih ramai peniaga kembali beroperasi di kawasan tersebut.

Tambahnya, kerajaan perlu membantu dengan mem­berikan pengecualian cukai khas bagi menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke kawasan itu

“Buat masa sekarang, kea­daan di situ sepi, ramai peniaga yang kecewa kerana mereka te­lah melabur puluhan ribu ringgit, namun tidak mendapat pulangan sama sekali,” jelasnya.

Pesara guru terbabit bakal berdepan bekas pelajarnya yang juga penyandang kerusi DUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Halimaton Shaadiah Saad yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Halimaton memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan majoriti 2,153 undi menerusi pertembungan tiga penjuru menentang Datuk Ahmad Zaini Japar (BN) dan Habshah Bakar (Pas).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI