fbpx

Bapa hias kereta Mercedes tema Barbie demi anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta Mercedes Brabus 700 yang dihiasi dengan tema Barbie.

PETALING JAYA – Demi memenuhi impian anaknya untuk menyambut hari lahir bertemakan Barbie, seorang bapa sanggup menghiaskan sebuah kereta mewah jenis Mercedes Brabus 700 miliknya.

Menerusi perkongsian di media sosial Wani Elena. dia berkata, suaminya tekad untuk memberikan pengalaman Barbie dalam kehidupan sebenar buat anak mereka, Inara Elena yang berusia empat tahun.

“Selamat hari lahir ‘gadis Barbie’ kami,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Selain menukar warna kereta daripada hitam kepada merah jambu, kenderaan tersebut turut dihiasi dengan pelekat Barbie.

Dalam pada itu, ruang bonet kereta itu juga dipenuhi dengan set permainan anak patung terkenal berkenaan.

Setakat ini video tersebut yang tular di media sosial meraih sebanyak 587,400 tontonan dengan 59,800 tanda suka dan 5951 perkongsian.

Tinjauan Kosmo! mendapati ruangan komen video berkenaan dihujani kata-kata positif yang memuji usaha keras pasangan terbabit dalam memberikan layanan istimewa pada hari lahir anak mereka.

“Murah rezeki suami awak bahagiakan isteri dan anak-anak selalu. Suka betul dengan pasangan ini,” tulis Tiya.

“Saya suka tengok, ini buatkan saya terinspirasi untuk bekerja keras dan dapat capai kehidupan seperti yang saya idamkan,” komen Psych. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI