fbpx

Pusat sehenti atasi isu jalan berlubang bakal dilancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander (dua dari kanan) ketika lawatan pemantauan pengujian sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka di Plaza Tol MEX hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Kementerian Kerja Raya (KKR) bakal melancarkan pusat sehenti khusus untuk menerima segala aduan awam berhubung pelbagai isu pengguna khususnya melibatkan masalah kerosakan jalan.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif baharu itu akan menjadi wadah saluran rakyat dan dilancarkan bersempena kempen My Jalan pada 24 Ogos ini.

“Program khas itu berorientasikan tindakan dan bukan sekadar cakap kosong tanpa ada susulan dengan melibatkan semua pihak. Selain masalah jalan berlubang, pusat sehenti itu turut menerima aduan lampu jalan serta perabot jalan.

“Semua pihak akan dilibatkan terutamanya pemain industri, agensi kerajaan dan swasta serta rakyat dalam usaha penjagaan prasarana jalan dan keadaan raya raya,” katanya pada sidang akhbar di sini petang tadi.

Terdahulu, beliau mengadakan lawatan pemantauan pengujian sistem kutipan tol secara pembayaran terbuka di Plaza Tol Putrajaya, Lebuhraya MEX yang bermula bulan lepas.

Beliau juga melancarkan logo sistem itu yang akan dipasang secara berperingkat bermula bulan depan meliputi 12 lebuh raya di Semenanjung Malaysia sebagai projek perintis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI