fbpx

Pengantin lelaki serang isteri kerana terima mesej bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin lelaki menyerang pasangannya di hadapan orang ramai. - Sanook

BEIJING – Tetamu sebuah majlis perkahwinan di wilayah Guangdong, China terkejut apabila pengantin lelaki menyerang pengantin perempuan selepas melihat teks pesanan ringkas yang dihantar oleh bekas kekasihnya.

Laman berita Thaiger melaporkan, serangan kelmarin itu berlaku ketika pengantin lelaki sedang menunggu isterinya bersolek. Dia kemudian melihat teks pesanan muncul pada telefon bimbit wanita itu.

Pada awalnya, pengantin lelaki menyangka mesej dihantar sebagai ucapan tahniah atas perkahwinan mereka, namun dia mula marah apabila menyedari bahawa ia dikirim oleh bekas kekasih isterinya.

Kemarahan memuncak apabila pengantin lelaki melihat teks pesanan lama yang dihantar kepada isterinya termasuk nombor bilik hotel, di mana bekas pasangan kekasih itu bertemu pada malam sebelum pernikahan.

Gara-gara gagal menahan kemarahan, dia membaling telefon tersebut ke arah muka pengantin perempuan dan meminta penjelasan.

“Dia bekas teman lelaki saya. Saya ada memberitahu anda tentang dia. Dia pulang dari kerja semalam dan tahu saya akan berkahwin. Kami bertemu di sana (di hotel), tetapi kami hanya makan dan berbual sebelum pulang,” jelas wanita itu.

Wanita tersebut juga memanggil seorang rakan yang menemaninya pada malam tersebut sebagai saksi di hadapan suaminya.

Pengantin lelaki enggan menerima penjelasannya memandangkan tiada sebarang bukti bahawa mereka tidak berkongsi bilik hotel tersebut.

Dia kemudian menarik rambut wanita itu dan menamparnya di hadapan tetamu.

Tetamu yang melihat situasi itu betindak campur tangan bagi menghalang pengantin lelaki daripada menyerang pengantin perempuan. 

Tidak dijelaskan sama ada hubungan mereka kekal selepas kejadian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI