fbpx

Gaduh sebab selisih faham geng motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar insiden pergaduhan tersebut

SHAH ALAM – Perselisihan faham melibatkan kumpulan motosikal menjadi punca pergaduhan di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, susulan kejadian tersebut seramai tujuh lelaki ditangkap bagi membantu siasatan pada hari yang sama.

Katanya, kesemua yang ditangkap belasan tahun hingga berusia 20an.

“Setakat ini, punca kejadian disebabkan perselisihan faham antara geng motosikal dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Justeru, Hussein menambah orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil menyalurkannya kepada pihak polis.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan penularan rakaman video sekumpulan lelaki bertindak agresif dengan merusuh di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 10 malam itu membabitkan dua kumpulan lelaki dipercayai berkumpul di kedai berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan pergaduhan membabitkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas pukulan, dan membaling kerusi kepada individu lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI