fbpx

Pochettino hadiah trofi pertama buat Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA merangkul trofi saingan Siri Musim Panas selepas menewaskan Fulham di Stadium FedEx Field awal pagi semalam. - AFP

MARYLAND – Chelsea memenangi trofi pertama di bawah kendalian Mauricio Pochettino apabila muncul juara Siri Musim Panas selepas menewaskan Fulham 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium FedEx Field awal pagi semalam.

Dua gol menerusi jaringan Thiago Silva dan Christopher Nkunku di separuh masa pertama memastikan The Blues menamatkan Siri Musim Panas itu sebagai juara selepas mengumpul tujuh mata.

Pochettino menyatakan rasa gembira selain mengakui berpuas hati dengan aksi ditampilkan barisan pemainnya meskipun menggunakan kesebelasan utama berbeza di separuh masa pertama dan kedua.

“Sesuatu yang sangat baik untuk menang. Saya gembira dengan prestasi yang ditunjukkan semua pemain sejak awal perlawanan. Kami berdepan jadual padat di sini tetapi saya lega kerana semua pemain mampu menghadapinya dengan baik.

“Selepas ini kami perlu melakukan persediaan untuk berdepan Borussia Dortmund di Chicago. Masih banyak yang perlu diperbaiki bagi memastikan kami benar-benar bersedia menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Bekas pengendali Tottenham Hotspur itu turut memuji barisan pemainnya yang menunjukkan keserasian cukup baik walaupun sebahagian besarnya adalah muka baharu dan pemain-pemain muda.

“Kami sedang bekerja keras untuk memastikan pasukan lebih dinamik dan boleh bermain sebagai satu pasukan. Pemain-pemain sudah mula rasa sebati bersama pasukan dan ia satu perkembangan yang sangat baik,” ujar Pochettino. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI