fbpx

Pelajar maut motosikal langgar lembu melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hameen menerima rawatan kecemasan setelah terlibat kemalangan di Jalan Kampung Kota Bukit dalam mukim Jeneri pada petang semalam.

SIK – Seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangi melanggar seekor lembu di Jalan Kampung Kota Bukit, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 6.30 petang itu, mangsa, Abdul Hameen Abdul Rahman, 14, yang parah di kepala disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Daerah Sik (HDS) di sini.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeneri itu meningal dunia di Bahagian Kecemasan HDS pada pukul 9.35 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian si mati menunggang motosikal jenis Honda C100 dari arah Kampung Langgok ke Kampung Kota Bukit.

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melanggar seekor lembu yang melintas jalan menyebabkan si mati terjatuh dari motosikalnya.

“Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di HDS,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik HDS untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI