fbpx

Kes kematian mengejut pesakit Hospital Tuaran disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliha (tiga dari kanan) dan Azan (tiga dari kiri) menyantuni pengundi di sebuah restoran di Bukit Kecil, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Siasatan terperinci akan dilakukan berhubung dakwaan Hospital Tuaran, Sabah gagal memberikan rawatan tepat kepada seorang pesakit yang kemudiannya meninggal dunia seperti tular di media sosial baru-baru ini.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, kementeriannya sentiasa memandang serius setiap aduan diterima daripada masyarakat berhubung perkhidmatan kesihatan awam.

Beliau berkata, pertemuan akan dilakukan dengan keluarga mangsa terlibat dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) bagi menyiasat kesahihannya.

“Kita akan teliti dakwaan kerana sudah ada aduan daripada keluarga mangsa. Siasatan menjurus apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian,” katanya ketika ditemui sewaktu menyertai kempen calon Pakatan Harapan (PH) untuk Parlimen Kuala Terengganu, Azan Ismail di sini hari ini.

Beliau mengulas isu seorang lelaki meninggal dunia selepas mendapat menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Tuaran.

Terdahulu dia dirujuk ke hospital itu akibat terjatuh namun telah dibenarkan pulang selepas menjalani pemeriksaan kerana dikatakan tidak mengalami kecederaan serius.

Dalam perkembangan lain, Zaliha menasihatkan, semua jentera parti politik yang sedang berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) digalakkan melakukan saringan Covid-19 dengan segera sekiranya mempunyai gejala.

“Ini penting sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19. Jentera parti yang berkempen juga digalakkan terus mengamalkan kebersihan sepanjang mengadakan aktiviti melibatkan ramai orang,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI