fbpx

Kes Fahmi Fadzil: Peringatan kepada pemimpin, pentadbir masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin.

SHAH ALAM – Semua pihak termasuk pihak pentadbir masjid perlu mengambil peringatan susulan siasatan terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berucap di ruang solat utama Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Seri Kundang, Rawang dekat sini, kelmarin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sudah menjadi tanggungjawab Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan berhubung dakwaan kejadian tersebut.

“Kadang-kadang ia menjadi perkara yang dilema dan berbelah bahagi kepada pemimpin yang datang (ke surau atau masjid).

“Dan pihak tuan rumah menjemput. Kalau kita tolak, dia kata kita sombong tetapi ia harus bermula dengan pihak pentadbir masjid dahulu supaya mereka berhati-hati dan patuh terhadap titah Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Negeri,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran Tawaran Kita Selangor: Lima Tekad untuk Lima Tahun, malam tadi.

Amirudin menjelaskan apa yang terjadi dalam kes Fahmi adalah sesuatu yang tidak dirancang kerana beliau ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur sebaik tiba waktunya.

“Kalau hendak tunaikan solat pun tidak boleh, tidak bolehlah (begitu). Namun kebetulan nazir menjemput beliau untuk berucap.

“Cukup kalau nazir-nazir mengumumkan kehadiran menteri atau pemimpin sebagai tanda hormat. Itu cukup tetapi tidak perlu bagi ruang berucap sebab itu memang telah terdapat dalam peraturan di negeri ini,” katanya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan Fahmi menyangkal dakwaan bahawa beliau telah berkempen di sebuah masjid di Kuang, dekat sini semalam.

Sebaliknya kata Fahmi, dia hanya singgah untuk solat zuhur sahaja di masjid itu kerana ia paling dekat dengan lokasi program seterusnya sebelum dijemput oleh kariah masjid hanya untuk mengulas sedikit isu kumpulan The 1975 dan tidak menyentuh isu lain.

Bagaimanapun, JAIS dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya kini menjalankan siasatan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 selain telah memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan berkaitanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI