fbpx

Pelajar duduki ujian hari mengundi boleh mohon tangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pelajar universiti awam (UA) yang menduduki peperiksaan semester pada hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini dibenarkan menangguhkan peperiksaan dan boleh mengambilnya pada hari lain.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelajar terlibat bagaimanapun perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan universiti masing-masing dan mereka akan melaksanakannya pada hari lain.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya difahamkan hanya Universiti Utara Malaysia (UUM) yang melaksanakan peperiksaan pada hari berkenaan.

“Saya dimaklumkan, UUM sudah mengeluarkan arahan dan pelajar yang terlibat pada hari tersebut dikecualikan mengambil peperiksaan.

“Tiada isu besar timbul kerana PRN bukan berlaku di seluruh negara, sebaliknya hanya membabitkan enam negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Jadi, pelajar lain yang tidak terlibat boleh menduduki peperiksaan seperti biasa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI