fbpx

Nik Abduh puasa, rehat daripada politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Abduh (tengah).

KOTA BHARU – Bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh mengumumkan dirinya berpuasa dan berehat daripada arena politik tanah air dalam suatu tempoh.

Nik Abduh menerusi satu hantaran yang dimuat naik menerusi Facebook miliknya bagaimanapun tidak mendedahkan tempoh beliau untuk berehat.

Menurutnya, tempoh rehat itu merupakan keputusan paling sukar untuk dirinya dan ibu, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

“Saya puasa dan berehat daripada politik tanah air untuk satu tempoh. Ia tempoh paling sukar untuk saya dan bonda. Semoga Pas bertambah gagah dengan kepimpinan terbaik untuk memacu masa depan negara,” katanya.

Difahamkan, Nik Abduh mengambil keputusan itu selepas berlaku konflik apabila namanya tidak tercalon untuk bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa beliau yang juga anak kepada bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat akan bertanding di kerusi DUN Chempaka yang merupakan kawasan Allahyarham bapanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI