fbpx

PRN: 38,926 anggota tentera, pasangan mengundi awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TENGKU Amir Shah bersedia untuk menembak dalam acara jemputan jatuh piring dari jarak 300 meter di Lapang Sasar 400M Kem Terendak, Melaka. - foto oleh AMRAN MULUP/KOSMO!

MELAKA – Dianggarkan seramai 38,926 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan akan mengundi pada hari pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri pada 8 Ogos
ini.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Ab. Rahman berkata, mereka terdiri daripada 29,293 anggota tentera pelbagai pangkat manakala 9,633 adalah pasangan masing-masing.

“Saya minta mereka yang akan keluar mengundi nanti memilih calon yang kita rasa boleh mentadbir negeri dengan baik.

“Masing-masing ada pilihan, tepuk dada tanya selera, kita tak paksa sapa-sapa untuk undi sapa-sapa tetapi mereka bebas untuk memilih calon yang mereka rasa terbaik,” ujarnya selepas merasmikan majlis penutup Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) 2023 di Lapang Sasar 400M Kem Terendak di sini hari ini.

Majlis tersebut diserikan dengan kehadiran Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang turut menyertai acara menembak jemputan kategori jatuh piring dan formasi.

Mengulas lanjut Mohammad berkata, ATM turut bersiapsiaga menjelang hari pengundian pada 12 Ogos khususnya di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan panas di enam negeri.

“Kita bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengenal pasti tempat-tempat yang dijangka menjadi hotspot jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini,” ujarnya.

Ujarnya, ATM turut melancarkan Ops Neraca bagi membantu pihak berkuasa jika diperlukan sepanjang PRN berlangsung.

Menurutnya, arahan telah dikeluarkan untuk anggota tentera bersiap-sedia bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara daripada sebarang kemungkinan tidak diingini sepanjang proses pengundian.

“Saya lihat trend sewaktu pilihan raya sebelum ini rakyat Malaysia sangat matang dan jika berlaku pertukaran kerajaan seperti 2018 tidak berlaku sebarang kekecohan dan huru-hara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI