fbpx

Masya Masyitah akhirnya buka tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASYA MASYITAH

PETALING JAYA – Penyanyi Masya Masyitah terus menjadi bualan ramai apabila dia tampil dengan imej baharu tidak lagi bertudung.

Masya atau nama sebenarnya, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 23, menerusi perkongsian terbaharu di akaun Instagramnya berkongsi beberapa fotonya dengan gaya berambut berona merah jambu tidak tumpah seperti patung Barbie.

Your mind has to be stronger than your feeling (fikiran anda harus lebih kuat daripada perasaan anda),” tulisnya menerusi kapsyen pada foto dimuat naik sebentar tadi.

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mengkritik tindakan pelantun lagu Halimunan itu, namun pada masa sama tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pendatang baharu tersebut kembali ke pangkal jalan.

“Hanyut dikejar dunia. Terima kasih keapda manusia yang berjaya mendorongnya berpaling.

“Seriuslah? Patutlah dia tunjuk (tayang) aurat dia sedikit demi sedikit. Jaga-jaga adik (Masya) dunia ini pinjaman Allah semata-mata,” demikian kata seorang netizen.

Sebelum ini, Masya kerap menjadi perhatian kerana perlahan-lahan ‘melondehkan’ auratnya yang dikongsikan menerusi media sosial.

Juara pertandingan Ceria Popstar musim kedua 2014 itu teruk dikritik apabila menggayakan baju sekolah dengan stoking ala-ala pelajar Jepun yang menampakkan kulit pahanya.

Minggu lalu, dia terus menjadi sorotan khalayak selepas berkongsi beberapa keping foto di Instagram bermain badminton dengan memakai hoodie sehingga mendedahkan bahagian lehernya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI