fbpx

Permit ceramah, ‘walkabout’ perlu untuk elak pertembungan – Razarudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Calon yang bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN15) perlu mendapatkan kebenaran polis dan kelulusan permit sebarang program atau ceramah.

Perkara ini dituntut bagi mengelak berlakunya pertembungan program membabitkan calon yang berbeza parti politik di lokasi dan masa yang sama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, calon perlu mengemukakan permohonan untuk mendapatkan permit sekurang-kurangnya sehari sebelum program atau ceramah berlangsung.

“Sebaik tamat proses penamaan calon pukul 11 pagi tadi, setiap calon yang bertanding akan dipanggil oleh ketua polis daerah untuk diberi penerangan tentang tatacara sepanjang PRN.

“Bagi setiap ceramah kempen, calon perlu memohon permit termasuk untuk program ‘walkabout’, mereka perlu maklumkan kepada polis segala program mereka.

“Ini bertujuan untuk mengelak berlaku pertembungan calon-calon antara satu sama lain, seterusnya mengelak perkara tidak diingini berlaku,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Bagaimanapun, Razarudin memaklumkan terdapat kelonggaran buat calon yang lewat membuat permohonan permit namun bergantung terhadap pertimbangan pihak berkuasa.

“Sekiranya calon lawan sudah lebih awal mengemukakan permohonan untuk program atau kempen di lokasi sama, kita akan tolak permohonan calon yang lewat.

“Ini bagi mengelakkan berlaku pertembungan antara calon dan kumpulan penyokong yang boleh mendorong berlaku provokasi dan suasana tidak tenteram,” jelasnya.

Tambah Razarudin, beliau turut mengingatkan calon agar bertanggungjawab mengawal kelakuan penyokong masing-masing selain mengelak daripada menyentuh isu sensitif termasuk isu 3R (agama, bangsa dan raja). – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI