fbpx

Putrajaya catat pendapatan isi rumah, perbelanjaan tertinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Putrajaya berada pada kedudukan tertinggi bagi purata pendapatan isi rumah kasar bulanan iaitu RM13,473 berbanding negeri-negeri lain.

Perkara itu didedahkan menerusi Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), hari ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, Putrajaya turut merekodkan perbelanjaan penggunaan isi rumah bulanan purata tertinggi iaitu RM8,897 melebihi purata corak perbelanjaan isi rumah nasional iaitu RM5,150.

Beliau berkata, kajian mendapati, kedudukan itu diperolehi memandangkan Wilayah Persekutuan itu lebih tertumpu kepada penjawat awam yang didorong peningkatan secara konsisten.

“Di samping itu, pekerja sektor swasta juga mula memilih untuk menetap di sini dan bekerja di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran HEIS di sini, hari ini.

Katanya, purata pendapatan isi rumah kasar bulanan turut mengambil kira saiz isi rumah yang mana saiz isi rumah mengecil secara automatik akan mempengaruhi corak pendapatan.

Dalam laporan sama, Kuala Lumpur berada di kedudukan kedua purata pendapatan isi rumah kasar bulanan iaitu RM13,325, diikuti Selangor (RM12,233) dan Johor (RM8,517) dan Pulau Pinang (RM8,267).

Selain itu, Mohd Uzir berkata, Selangor turut mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan tertinggi bagi pendapatan purata iaitu sebanyak 4.1 peratus daripada RM10,827 kepada RM12,233, manakala Labuan merekodkan kemerosotan 0.3 peratus iaitu RM8,319 (2019) kepada RM8,250.

Katanya, lima negeri lain turut mencatatkan perbelanjaan penggunaan isi rumah melebihi purata nasional adalah Kuala Lumpur (RM7,823), Selangor (RM6,770), Melaka (RM5,707), Johor (RM5,342) dan Pulau Pinang (RM5,322). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI