fbpx

Liga Super: TFC kecewa diikat Negeri Sembilan 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain TFC, Alif Zakaria (kanan) mengasak pemain Negeri Sembilan pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kuala Nerus malam ini.

KUALA NERUS – Gol penyamaan minit-minit akhir membuatkan Terengganu FC (TFC) gigit jari terikat 1-1 dengan Negeri Sembilan dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu meletakkan TFC kekal di tempat keenam mengumpul 26 mata manakala Negeri Sembilan pula di tangga kesembilan dengan 22 mata daripada 18 perlawanan.

Skuad Sang Penyu terlebih dahulu dicemaskan seawal minit keenam apabila pelawat dihadiahkan sepakan penalti mujur penjaga gol, Mohd. Suhaimi Husin berjaya membaca sepakan diambil Herold Goulon.

Nurillo yang membuat penampilan kedua bersama TFC nyaris membuka akaun jaringan minit ke-26 namun rembatan kencangnya dari luar kotak melencong ke sebelah kanan penjaga gol.

Penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman terus bekerja keras menepis percubaan berturut-turut Habib Haroon pada minit ke-41 dan kedudukan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung babak kedua, TFC meningkatkan tekanan melalui percubaan Arif Fadzillah (m-50) dan Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim (m-51) yang tersasar dari pintu gol.

Gol dicari-cari Sang Penyu akhirnya menjelma minit minit ke-67 selepas Ivan Mamut menanduk kemas umpanan Sony Norde dari jarak dekat untuk menceriakan lebih 5,000 penyokong TFC.

Penyerang kelahiran Croatia itu hampir menggandakan kedudukan malangnya mensia-siakan situasi satu lawan satu berdepan Sikh Izhan Nazrel yang lebih tangkas minit ke-78.

Sewaktu kemenangan semakin hampir milik TFC, Goulon (m-89) menjadi penyelamat Negeri Sembilan apabila mengikat jaringan menerusi tandukan selepas menyambar sepakan penjuru Mahali Jasuli dan kedudukan 1-1 kekal sehingga wisel penamat ditiupkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI