fbpx

Saya takut dengan azab Allah – Firdaus Wong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FIRDAUS.

SEREMBAN – Saksi ke-10, pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Fung menegaskan dia bukanlah seorang yang berani sebaliknya hanya ingin membantu mangsa yang dizalimi kerana takut dengan azab Allah.

Firdaus Wong yang terlibat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) dalam prosiding perbicaraan hari keempat kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman berkata, secara kebetulan ini kali kedua dia menjadi saksi bagi kes melibatkan penceramah selebriti selepas kes Ebit Lew.

Beliau yang menjadi penceramah sejak 10 tahun lalu serta terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan terutama dakwah dan mualaf turut tidak bersetuju dengan kenyataan penceramah bebas, Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki yang mengatakan beliau dirujuk dalam kes itu kerana berani dan mempunyai hubungan kuat dengan pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Datin Surita Budin bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly berhubung kenyataan Isfadiah semalam.

“Saya tidak tahu dan tidak berani puji diri sendiri dan dalam kenyataan Sembang Viral di sebuah rancangan televisyen saya mengaku sebenarnya seorang penakut.

“Saya sebenarnya takut di akhirat nanti Allah tanya bila orang datang minta bantuan selepas dizalimi, saya yang ada kelebihan nak bantu mereka tetapi tidak bantu,” katanya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian di hadapan Hakim Datin Surita Budin bagi menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly berhubung kenyataan Isfadiah pada Rabu yang memberitahu faktornya merujuk kes berlaku kepada Firdaus kerana menyifatkannya seorang berani.

Jelas penceramah itu, beliau memaksa diri membuat apa yang termampu walaupun tahu dirinya akan dikecam dan dicaci disebabkan ketakutan pada Allah serta azabNya.

Firdaus Wong berkata, peranannya selepas mengetahui kes terkutuk itu ialah lebih kepada menjadi pemudah cara dan tidak pernah memaksa mangsa membuat laporan polis.

Beliau turut menafikan yang mempunyai hubungan dengan pihak berkuasa melainkan mempunyai ramai kenalan peguam yang boleh memberi nasihat.

“Pada awalnya sukar untuk percaya kejadian amang seksual ini melibatkan PU Azman. Begitu juga dengan ibu bapa mangsa yang tidak percaya seorang ustaz selebriti tergamak melakukan perkara sebegitu rupa,” katanya.

Prosiding perbicaraan pada sebelah petang diteruskan secara tertutup dengan beberapa mangsa dipanggil memberi keterangan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI