fbpx

Messi terus pamer bisa di AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI meledak dua gol ketika membantu Inter Miami pada aksi Piala Liga MLS menewaskan Atlanta United pagi semalam. – AFP

MIAMI – Jurulatih Inter Miami, Gerardo Martino memuji impak yang dipamerkan oleh kapten pasukan, Lionel Messi selepas membantu kelab menewaskan Atlanta United 4-0 pada aksi Piala Liga MLS di Stadium DRV PNK semalam.

Pada perlawanan itu, Messi yang diletakkan dalam kese­belasan utama buat kali pertama selepas berhijrah ke Inter Miami berjaya meledak dua gol, manakala dua jaringan lagi dilakukan oleh Roberto Taylor.

Kata Martino, apa yang dipamerkan oleh Messi bukanlah sesuatu yang mengejutkan ke­rana dia adalah pemain terbaik dunia dan kehadirannya berjaya meningkatkan motivasi pasukan.

“Saya gembira dengan impak Messi yang tidak mempunyai masalah untuk membantu pasukan melakar keputusan positif. Sudah tentu saya puas hati de­ngan prestasinya dia atas padang dan bukan sesuatu mengejutkan dia dapat dua gol.

“Secara keseluruhan, saya lihat semangat pasukan di atas padang juga bertambah baik sejak kehadiran Messi bersama pasukan dan harap momentum kemenangan ini dapat berkekalan,” katanya.

Sementara itu, tonggak tengah Inter Miami, Sergio Busquets turut sependapat dengan Martino yang mengakui rakan sepasukan tidak mempunyai masalah untuk menyesuaikan diri dengan pemain antarabangsa Argentina itu.

“Saya tidak mempunyai masalah untuk faham dengan corak permainan Messi kerana mudah untuk bekerjasama dengannya dan harap rakan sepasukan yang lain turut merasai ­situasi sama,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`; the status code is `404` and content-type is `text/html; charset=iso-8859-1`