fbpx

Ketua Eksekutif HKSAR John Lee adakan lawatan 3 hari di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
John Lee

PUTRAJAYA – Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) John Lee Ka-Chiu mengadakan lawatan ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataan di sini berkata, lawatan ini merupakan lawatan sulung beliau ke Malaysia selepas menyandang jawatan sebagai Ketua Eksekutif HKSAR kelima pada tahun lalu.

Katanya, delegasi ini turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan HKSAR, wakil-wakil daripada pelbagai sektor, termasuk perindustrian dan komersial, perdagangan, inovasi dan teknologi serta pengangkutan dan logistik.

“Semasa lawatan tersebut, John Lee dijadual untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kedua-dua pihak dijangka akan bertukar-tukar pandangan mengenai perkembangan semasa kerjasama dua hala dan langkah-langkah ke hadapan, terutamanya dalam bidang perdagangan dan ekonomi, inovasi dan teknologi, dan pertukaran rakyat ke rakyat,” kata kenyataan itu hari ini.

John Lee juga turut dijadualkan menghadiri forum perniagaan Malaysia-Hong Kong dan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) antara entiti perniagaan dari kedua-dua pihak.

HKSAR adalah antara rakan dagang utama Malaysia dan merupakan rakan dagangan kesembilan terbesar Malaysia pada tahun lalu dengan jumlah dagangan antara Malaysia dan HKSAR bernilai RM113.20 bilion (USD25.69 bilion), peningkatan sebanyak 20.0 peratus daripada 2021.

Lebihan dagangan berpihak kepada Malaysia dengan nilai RM78 bilion (USD17.66 bilion). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI