fbpx

Hafidz Roshdi nafi rancang kahwini Athirah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIDZ ROSHDI

SHAH ALAM – Pelakon Hafidz Roshdi tiada perancangan untuk berkahwin dengan orang ketiga yang dikaitkan dengan rumah tangganya, Athirah Yuhada dalam masa terdekat.

Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi turut menafikan dakwaan ingin mengumumkan sesuatu berkaitan hubungannya dengan wanita itu.

“Selepas ini saya tiada apa-apa persediaan dan persiapan ke arah itu (perkahwinan).

“Saya tidak cakap untuk umumkan sesuatu pun,” katanya usai prosiding pengesahan lafaz cerai di sini hari ini.

Bagaimanapun, pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu tidak menafikan hanya berkawan dengan Athirah.

“Belum ada apa-apa. Kami hanya berkawan,” jawabnya ringkas.

Sebelum ini, aktor itu berjanji ingin membuat pengesahan berhubung status hubungan dan sebarang perancangan perkahwinan dengan wanita bernama Athirah Yuhada semasa hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Jun lalu.

Pada masa sama, Hafidz, 29, turut menafikan sudah berkahwin dengan Athirah dan akan berbincang perkara tersebut kelak.

“Saya belum berkahwin lagi. Relaks dulu. Nanti kalau ada saya umumkan.

“Pengakuan untuk dia (Athirah) saya akan buat selepas bercerai. Tiada komen. Itu di bawah perbincangan nantilah,” jelasnya lagi.

Sejak Februari lalu, isteri kepada Hafidz mendedahkan rumah tangganya diganggu pihak ketiga sekali gus memberi bayangan suaminya bermain kayu tiga.

Kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Bekas Hero Remaja 2011/2012 itu dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Bagaimanapun, mereka disahkan bercerai talak satu pada Februari lalu oleh Mahkamah Rendah Syariah hari ini.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI