fbpx

Lelaki conteng kubur ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kubur di Tanah Perkuburan Islam Kemunting, Jalan Sebiew di sini yang diconteng dan disembur dengan cat oleh suspek.

BINTULU – Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki menceroboh dan menconteng 51 kubur di Tanah Perkuburan Islam Kemunting, Jalan Sebiew di sini.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek warga tempatan berusia 40 tahun itu dicekup susulan aduan yang diterima pihaknya kira-kira pukul 7.15 pagi Isnin lalu.

“Hasil siasatan di tempat kejadian, didapati 41 kubur telah dicat dengan tulisan berwarna biru manakala 10 lagi disembur dengan tulisan warna merah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata suspek kini direman selama tiga hari bermula 25 sehingga 28 Julai untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 297 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, Batholomew berkata kes turut disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Justeru, beliau meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Hafizuddin Zaidi di talian 014- 6066404 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita yang tidak sahih kerana dikhuatiri boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI