fbpx

Tiada laporan polis diterima ancaman bunuh, ugut Siti Kasim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Objek ditemui pada tayar kereta Siti Kasim dipercayai bom jenis IED.

KUALA LUMPUR – Tiada laporan polis diterima setakat ini membabitkan ugutan atau ancaman bunuh yang dibuat kepada aktivis dan peguam, Siti Zabedah Kasim.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kes masih disiasat di bawah Seksyen 7 Akta Letupan dan Kakisan 1957.

Menurutnya, sehingga kini, 12 keterangan saksi sudah dirakam termasuklah mangsa, pemilik bengkel, anggota keselamatan, saksi lain dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

“Kita juga sudah menyemak televisyen litar tertutup dan semua tempat yang mangsa pernah pergi. Kita dalam proses untuk mengesan suspek.

“Setakat ini tiada satu pun laporan dibuat berkaitan ugutan ke atas Siti Zabedah Kasim sebelum insiden penemuan bom.

“Untuk buat bom, bukan susah kerana boleh jumpa di Internet atau Facebook. Pelbagai motif digunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk balas dendam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan World Police and Fire Games, di Ibu Pejabat Polis Polis, Bukit Aman, di sini, hari ini.

Tambahnya, laporan awal daripada unit bom menyatakan Improvised Explosive Device (IED) yang dijumpai di bawah kereta Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim boleh mengakibatkan kebakaran.

Walau bagaimanapun, ujar Ayob Khan, pihak polis masih masih menunggu laporan penuh daripada unit bom.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim pada 27 Julai lalu adalah bom jenis IED.

Dalam pada itu, Siti Kasim memaklumkan kepada Kosmo! ekstremis agama dipercayai menjadi dalang dalam cubaan membunuhnya dengan meletakkan bom pada tayar belakang kereta.

Peguam dan aktivis sosial itu dipetik berkata, dirinya tidak pernah menyangka kejadian sebegitu akan terjadi kepada dirinya dan bersyukur Tuhan telah membantunya sehingga bom jenis IED itu berjaya ditemui sebelum sempat meletup.

Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis kenderaan pada pukul 12 tengah hari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI