fbpx

MBSP sita, tutup premis gaji warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBSP ketika menjalankan rampasan dan sitaan terhadap premis yang disyaki menggajikan warga asing di Seberang Perai.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 60 notis kesalahan dan 22 kompaun telah dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terhadap premis yang disyaki menggajikan warga asing untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Datuk Bandar MSBP, Datuk Azhar Arshad berkata, notis dan kompaun itu dikeluarkan selepas 76 buah pemeriksaan dijalankan terhadap premis berkaitan sepanjang tempoh yang sama.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan juga, MBSP telah menjalankan rampasan dan sitaan terhadap lima buah premis dan menutup 18 buah premis yang lain.

“Untuk pengetahuan, sepanjang tahun 2021 sehingga 2023, sebanyak 227 buah premis telah diambil tindakan penguatkuasaan dengan jumlah pembatalan lesen sebanyak 22 lesen.

“Dalam hal ini, MBSP merupakan salah satu pihak berkuasa tempatan (PBT) yang aktif dan komited dalam menjalankan tindakan penguatkuasaan khususnya di premis-premis yang terdapat warga asing.

“Pemantauan dan tindakan penguatkuasaan secara berkala akan diambil dari semasa ke semasa agar isu ini dapat diselesaikan dan pemilik premis juga dapat mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan oleh MBSP,” katanya ketika sesi Mesyuarat Majlis Penuh ke-589 MBSP, hari ini.

Terdahulu katanya, satu operasi pemeriksaan premis telah dijalankan di Taman Pelangi, Perai semalam yang melibatkan 17 buah premis.

Katanya, dalam pemeriksaan tersebut, sebanyak 13 notis kesalahan dan 10 kompaun telah dikeluarkan melibatkan kesalahan beroperasi tanpa lesen yang sah daripada MBSP dan menggaji warga asing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI