fbpx

JPN Melaka gerakkan task force kesan masalah mental pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHMAD MARIMAN

MELAKA – Kerajaan negeri menggerakkan pasukan petugas (task force) program Pembangunan Sahsiah Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC) untuk memantau trend peningkatan kes tekanan mental dalam kalangan pelajar sekolah.

Ia susulan dua insiden kematian membabitkan pelajar sekolah yang berlaku pada bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, pasukan khas itu telah ditubuhkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada tiga tahun lalu bagi mengekang kejadian buli di sekolah.

Ujarnya, bagaimanapun susulan dua kes kematian melibatkan pelajar sekolah yang dikesan mempunyai rekod rawatan psikiatri, kumpulan petugas itu telahpun digerakkan untuk memantau tahap kesihatan mental warga sekolah khususnya membabitkan sekolah berasrama.

“Ya (kita minta task force kesan trend masalah mental dalam kalangan pelajar). JPN digerakkan untuk memantau.

“Task force ini telah ditubuhkan untuk menangani kes buli, salah laku dan memantau tahap kesihatan (mental), berkaitan insiden yang berlaku baru-baru ini, mungkin ada elemen ini sebab itu kita gerakkan task force pergi ke sekolah-sekolah terutama sekolah berasrama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Penajaan Tenaga Nasional Berhad dan Penyerahan Jersi Pasukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota di Bukit Serindit di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, antara usaha dijalankan pasukan petugas itu adalah memberikan sesi kaunseling kepada pelajar mengenai isu buli yang cenderung membawa kepada masalah mental atau tekanan emosi.

“Yang hantar (kaunselor) itu adalah daripada JPN dan PDRM, kalau saya ada, saya sendiri akan bercakap bersama pelajar tersebut.

“Kita akan melakukan sesi ini dalam tempoh enam bulan sekali di setiap sekolah di seluruh negeri ini dan usaha ini memang berkesan apabila kita melihat kes-kes buli tidak berlaku dalam tempoh tersebut, mungkin ada sedikit apabila ada pertukaran (kemasukan) pelajar baru,” katanya.

Tambahnya, pasukan petugas itu juga mengunakan Modul 5P antaranya penegasan iaitu tindakan buli menyalahi peraturan sekolah; pemerhatian menerusi lawatan ke bilik asrama serta penyuraian dengan memastikan pelajar berada dalam keadaan emosi yang stabil dan selesa.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan dua bertindak mencekik adiknya berusia sembilan tahun sehingga mati di Kampung Bukit Piatu pada 5 Julai lalu selepas dikatakan mengalami tekanan mental akibat dibuli.

Pada 20 Julai lalu pula seorang pelajar perempuan tingkatan satu dilaporkan terjatuh daripada bangunan sekolah di Durian Daun dekat sini. Siasatan lanjut bagimanapun mendapati mangsa sedang menjalani rawatan psikiatri di Hospital Muar, Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI