fbpx

Jalan alternatif ke Forest City siap dibina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalan alternatif ke Forest City di Iskandar Puteri siap dibina dan boleh mula digunakan orang awam bermula pukul 11.40 pagi, hari ini.

ISKANDAR PUTERI – Jalan alternatif sepanjang 1 kilometer (km) bagi memudahkan pergerakan keluar masuk Forest City yang sebelum ini terjejas akibat tanah mendap siap dibina.

Pengurusan Forest City dalam satu kenyataan memberitahu, jalan itu juga telah dibuka untuk kegunaan awam bermula pukul 11.40 pagi, hari ini.

“Kerja pembinaan telah dijalankan seramai 200 kakitangan dan pelbagai peralatan serta kelengkapan pembinaan bagi memastikan kelancaran pembinaannya.

“Kerja-kerja pembinaan juga dilaksanakan dibawah pemantauan agensi kerajaan antara Jabatan Kerja Raya; Polis Diraja Malaysia; Pejabat Menteri Besar Johor serta Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

“Pada masa sama, sekumpulan pakar daripada agensi kerajaan, pasukan Forest City dan syarikat konsultan profesional masih menjalankan siasatan bagi mencari punca kejadian,” jelas kenyataan tersebut.

Tambahnya, selain itu, pemeriksaan turut dijalankan terhadap aspek keselamatan lokasi sekitar.

Kelmarin, laluan utama ke Forest City, di sini runtuh akibat kejadian tanah mendap melibatkan jalan sepanjang 25 meter.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Pegawai Bomba Kanan II, Hairulnizam Mohd. Noh dilaporkan berkata kejadian itu berlaku pada pukul 2 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI