fbpx

Ukraine tidak rela dikuasai oleh bangsa lain – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir.

PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadikan perang Russia-Ukraine sebagai perbandingan toleransi Malaysia terhadap warga asing.

Beliau berkata, Russia menyerang Ukraine dengan tujuan menawan dan mengambil sebahagian dari wilayah Ukraine untuk dijadikan wilayah takluk Russia.

Kata beliau, Ukraine namun terlalu kecil dan lemah untuk mempertahankan wilayahnya daripada serangan sebuah negara besar.

“Ukraine boleh tunduk kepada Russia. Dan akan terselamatlah rakyat Ukraine dan terselamatlah juga bandar-bandarnya dari dihancurkan oleh tentera Russia dengan meriam dan roket canggihnya.

“Tetapi tidak. Walaupun kawasan yang hendak direbut oleh Russia kecil sahaja, Ukraine tidak rela barang secebis pun wilayahnya dikuasai oleh bangsa lain,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Mahathir berkata, apabila tentera Russia serang, tentera dan rakyat Ukraine menpertahankan wilayah mereka menyebabkan beribu askar dan orang awam Ukraine terbunuh serta cedera parah mempertahan negara mereka.

Bagaimanapun, kata beliau, tentera dan orang awam Ukraine tidak gentar dan akan terus mempertahankan negara mereka walaupun lebih ramai akan menemui maut, cedera parah dan negara hancur.

“Kita di Malaysia sanggup terima orang asing menjadi warga negara. Kita sanggup kongsi negara kita ini. Tetapi tidaklah sampai negara tercinta ini dimiliki oleh keturunan orang asing dan kita menjadi puak yang miskin di negara yang kaya ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI