fbpx

SPRM nafi tidak keluar notis kepada Datuk Justin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Justin Lim Hwa Tat.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tidak mengeluarkan sebarang notis kepada Ketua Pegawai Eksekutif Sersol Bhd, Datuk Justin Lim Hwa Tat bagi membantu siasatan kes Suruhanjaya itu sebagaimana dakwaannya baru-baru ini.

SPRM dalam kenyataan di sini berkata, suruhanjaya itu telah berusaha dalam mengesan Justin dalam hal berkaitan.

Katanya, SPRM telah ke dua buah kediamannya di Kuala Lumpur pada 26 Jun lalu untuk menyerahkan notis berkenaan namun didapati salah sebuah premis tersebut dijual manakala satu lagi tidak dihuni oleh Justin.

“Pada tarikh sama, SPRM juga pergi ke pejabatnya di ibu negara dan Johor namun Justin tiada di lokasi tersebut.

“Hasil semakan SPRM dengan Jabatan Imigresen Malaysia, didapati Justin meninggalkan negara ini pada Februari lalu dan tiada rekod masuk kembali ke negara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Ujarnya, SPRM telah mengeluarkan kenyataan media pada 12 Julai lalu yang lengkap dengan nombor telefon serta emel pegawai penyiasat bagi mengesan Justin dan kenyataan itu merupakan notis yang rasmi dan sah.

Jelas kenyataan itu, SPRM bersedia untuk menerima sebarang tindakan undang-undang daripada Justin dalam hal berkenaan namun menegaskan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Sersol itu perlu terlebih dahulu tampil memberi kerjasama dengan suruhanjaya itu berkaitan siasatan kes berkenaan.

Semalam, media melaporkan, Justin mendakwa dirinya tidak mendapat sebarang notis daripada SPRM selepas menyenaraikan dirinya sebagai individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan suruhanjaya itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI