fbpx

Pemandu Viva maut langgar pokok selepas rempuh dua kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan milik mangsa selepas melanggar sebuah pokok di Puchong Prima, Subang Jaya, semalam.

SUBANG JAYA – Seorang lelaki maut akibat kereta dipandunya terbabas melanggar pokok selepas terlibat kemalangan dua buah kenderaan sebelumnya di Puchong Prima, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kejadian awalnya berlaku pada pukul 7.30 petang apabila pihaknya menerima satu laporan kemalangan jalan raya melibatkan tiga buah kenderaan.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila sebuah kereta jenis Perodua Viva melanggar bahagian belakang motosikal jenis Yamaha Y15 ditunggang dua individu serta sebuah Kereta Proton Wira.

“Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu Proton Wira tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, mangsa lelaki tempatan berusia 42 tahun yang melanggar dua kenderaan itu terus memecut laju di jalan Desa Millenia ke arah Puchong Prima.

“Apabila melalui selekoh di jalan tersebut, mangsa terbabas dan melanggar sebatang pokok yang terdapat di tepi kiri jalan dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya.

Tegas Wan Azlan, sampel darah dan air kencing mangsa sudah diambil dan masih menunggu proses pengesahan kimia bagi mendapatkan punca kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Hamdan Jeramatin di talian 019-4642222,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI