fbpx

Laman Niaga sunyi sepi, hanya 6 gerai beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAMAN Niaga Up Town Pandu Lalu di Jalan Bakawali berhampiran Hentian Bas Kluang kelihatan seperti tidak beroperasi di Kluang semalam.

KLUANG – Hanya enam gerai di buka setiap hari menyebabkan jualan peniaga di Laman Niaga Up Town Pandu Lalu di Jalan Bakawali berhampiran Hentian Bas Kluang di sini kurang mendapat sambutan.

Laman niaga yang menyediakan pelbagai jenis makanan segera seperti kuih-muih, nasi bungkus, takoyaki, pani puri, pisang goreng dan keledek serta minuman ini hakikatnya boleh menarik kedatangan orang ramai sekiranya semua 18 gerai dibuka secara konsisten.

Seorang peniaga, Ras Azira Jamaludin, 29, berkata, ramai yang tidak tahu bahawa laman niaga ini sudah beroperasi sejak hujung tahun lepas kerana menyangkakan tiada penjual membuka gerai animation daripada lebih banyak yang ditutup berbanding di buka setiap hari.

Katanya, perniagaan yang menggunakan sistem pandu lalu ini juga memudahkan orang ramai untuk membuat pembelian kerana semua makanan yang dijual hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk dibungkus.

“Memang jika dilihat daripada jauh seakan-akan laman niaga ini tidak beroperasi namun secara hakikatnya terdapat antara lima hingga enam peniaga berniaga setiap hari.

“Kami turut mengharapkan semua peniaga yang sudah mempunyai gerai di laman niaga ini untuk sama-sama membuka aktiviti jualan mereka bagi menarik kedatangan pelanggan,” Katanya ketika ditemui Kosmo di sini semalam.

Sementara itu, Sabre Amri Saidin, 35, yang menjual tokayaki berkata, ada ketika hanya dua atau tiga gerai membuka jualan menyebabkab seolah-olah laman niaga ini seperti tidak beroperasi.

Ujarnya, pihaknya amat memerlukan bantuan promosi daripada pihak Majlis Perbandaran Kluang (MPK) agar orang ramai tahu dan mengenali laman niaga ini.

“Saya juga menyeru rakan niaga lain membuka perniagaan mereka walaupun kedatangan pelanggan yang ramai hanya ketika musim hujung minggu sahaja namun jika ramai peniaga pasti akan menjadikan laman niaga ini menjadi salah satu tempat pilihan mencari pelbagai jenis makanan,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI