fbpx
Yin Yin Chow (tengah) menerima hadiah utama pada majlis penyampaian hadiah Bake-off Challenge di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kempen Nestle bina kreativiti cipta sajian enak guna Nestum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Produk keluaran Nestlé (Malaysia) Bhd (Nestle) yang popular iaitu Nestum telah menganjurkan satu program menarik untuk menyerlahkan kreativiti individu membuat roti, kuih muih dan kek  bersempena hari raya yang lalu dalam Kempen Nestum Reka Rasa Raya 2023.

Kempen yang berlangsung selama lapan minggu yang bermula dari 1 Mac hingga 30 April lalu  telah menawarkan hadiah berjumlah RM100,000 kepada peserta dengan melibatkan seramai 450 pemenang mingguan.

Acara kemuncak kempen tersebut adalah dengan penganjuran aktiviti Bake-off Challenge yang menyaksikan sembilan peserta bersaing untuk merebut hadiah utama bernilai RM15,000. 

Pemenang hadiah utama berpeluang menyertai sesi MasterClass atau Kelas Pakar perseorangan eksklusif bersama usahawan dan Pengasas Gula Cakery, Arieni Adriena yang turut hadir sebagai mentor dan pengadil Bake-off Challenge.

Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran pengacara selebriti dan personaliti terkenal,  Alif Satar dan Cef Eksekutif Korporat Nestlé, Cef Muluk.

Mengulas mengenai program tersebut, Pegawai Eksekutif Perniagaan Bahagian Tenusu dan Pemakanan Dewasa Nestle, Wong Eu Khean berkata, program Bake-off Challenge adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk menggalakkan rakyat  meneroka kepelbagaian yang ditawarkan oleh Nestum untuk memasak dan membuat roti, kuih dan kek dengan mencipta sajian yang mudah dan  lazat. 

“Selain daripada hadiah menarik, kami memberi peluang kepada peserta untuk menguji kemahiran dan mendapat nasihat daripada mentor-mentor berpengalaman dalam cabaran ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, seorang guru, Yin Yin Chow, 35, dari Kuala Lumpur telah muncul sebagai pemenang dengan membawa pulang hadiah utama bernilai RM15,000 melalui resipi Tart Ros Nestum rekaannya yang inovatif.

Selain itu, lapan peserta lain telah memenangi baucar tunai bernilai RM3,000 setiap seorang. 

Ciptaan lain termasuklah paf kurma dan Prun Nestum, kek rapuh Nestum dengan mousse oren dan kek keju baklava Nestum.

Eu Khean menjelaskan, pertandingan tersebut  jelas menunjukkan betapa mudahnya menggabungkan produk-produk aromalicious Nestum yang lazat beraroma untuk menyediakan pelbagai masakan dan juadah, daripada rangkaian produk Nestum 3-dalam-1 yang boleh didapati dalam perisa berbeza.

 Diperbuat daripada bijirin campuran yang kaya dengan nutrien, Nestum adalah pilihan ideal untuk masyarakat  meningkatkan pengambilan serat, protein dan bijirin penuh dalam diet dengan menambahnya kepada resipi dan juga minuman kegemaran mereka. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN