fbpx

Dr. Ganja terlepas tali gantung, dipenjara 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amiruddin bersama Sangget (kiri) selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pesara tentera terlepas hukuman mati selepas dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan dadah termasuk memiliki ganja, enam tahun lalu.

Ini selepas 16 pertuduhan berkaitan mengedar ganja seberat 77.84 kilogram (kg) di bawah Seksyen 39B(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dipinda kepada Seksyen 6 akta sama kerana memiliki ganja.

Hakim Julia Ibrahim memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh, Amiruddin @ Nadarajan Abdullah, 64, atau dikenali ‘Dr Ganja’ di akhir kes pembelaan.

Pada prosiding itu, mahkamah menjatuhi hukuman penjara lima tahun bagi pertuduhan menanam pokok ganja dan 18 kesalahan memiliki 20 hingga 50 gram (g) dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952.

Amiruddin yang hadir berkerusi roda turut dipenjara sembilan tahun kerana memiliki 181.65g ganja di bawah mengikut Seksyen 39A (1) dan enam bulan untuk Seksyen 15(1)(a) iaitu memasukkan dadah ke dalam tubuh di bawah akta sama.

Kesemua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Delek Dalam, Klang pada pukul 12.30 tengah hari, 26 Mei 2017, namun mahkamah menetapkan kesemua hukuman itu berjalan serentak bermula dari tarikh tertuduh ditangkap 26 Mei 2017.

Julia dalam penghakimannya menegaskan, sebagai bekas tentera, sudah pastinya tertuduh memahami dan tahu kewujudan undang-undang di bawah ADB 1952.

“Walaupun kesalahan dilakukan atas faktor didorong dengan rasa terdesak menggunakan ganja sebagai rawatan alternatif bagi merawat penyakit yang dihadapinya, namun itu bukan alasan.

“Diharapkan hukuman ini dapat menjadi pencegah kepada orang lain yang mempunyai cadangan dan niat yang serupa (menggunakan dadah tanpa kebenaran untuk merawat penyakit),” katanya.

Terdahulu, pada rayuan mitigasi, Peguam Sangeet Kaur Deo mewakili tertuduh memaklumkan, anak guamnya mempunyai pelbagai penyakit seperti darah tinggi dan diabetes.

“Anak guam juga sebelum ini berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sejak berusia 18 tahun dengan jawatan terakhir kapten. Sabitan kesalahan akan menyebabkan anak guam saya hilang pencen dan memohon hukuman berbentuk pengajaran,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin menegaskan walaupun ini kesalahan pertama tertuduh dan mempunyai pelbagai masalah kesihatan, ia tidak boleh dijadikan alasan untuk meringankan hukuman.

“Mohon hukuman tinggi sebagai pengajaran kepada masyarakat tanpa sebarang alasan untuk melanggar undang-undang dalam negara ini.

“Jadi, mohon pertimbangan faktor kepentingan awam mengatasi kepentingan tertuduh,” katanya.

Seramai 17 saksi pendakwaan dikemukakan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes bermula 18 April 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: WP HTTP Error: cURL error 28: Operation timed out after 10001 milliseconds with 0 bytes received