fbpx

Makmal proses heroin diserbu, dua lelaki tempatan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Chin (kiri) ketika sidang akhbar berkenaan rampasan dadah dan tangkapan suspek di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Polis Pulau Pinang membongkar makmal haram memproses dadah jenis heroin selepas menahan dua lelaki tempatan dalam dua serbuan berasingan di Simpang Ampat, Nibong Tebal dan Bandar Baharu, Kedah, Jumaat lalu.

Dalam operasi terancang bermula kira-kira pukul 10 malam Jumaat dan berakhir 7 pagi semalam itu, polis merampas dadah bernilai RM135,250 serta pelbagai peralatan memproses dadah di sebuah rumah yang dijadikan makmal dadah di Bandar Baharu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, menerusi serbuan pertama, polis menahan dua suspek yang merupakan penganggur berusia 27 dan 30 tahun di Simpang Ampat, Nibong Tebal.

”Kedua-duanya yang mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau membabitkan dadah serta jenayah ditahan di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah restoran dan kedua-duanya disyaki terlibat dalam aktiviti memproses dadah.

”Pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut menemui 22 bungkusan heroin seberat 10 kilogram (kg) dan syabu (6.25 gram) yang kesemuanya bernilai RM135,250,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Menurut Kok Chin, susulan penahanan dua suspek itu, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di Bandar Baharu di Kedah.

”Rumah berkenaan yang tidak berpenghuni dipercayai menjadi makmal memproses dadah. Dadah-dadah jenis heroin ini dipercayai diproses di rumah ini, dan dua suspek tersebut kemudian akan mengedarkannya untuk pasaran tempatan,” ujarnya.

Katanya, sindiket itu disyaki bergiat aktif sejak awal tahun dan polis kini sedang mengesan beberapa lagi ahli sindiket tersebut dipercayai turut mempunyai kepakaran untuk memproses heroin.

“Siasatan mendapati sindiket itu mendapatkan bekalan dadah daripada negara jiran sebelum memprosesnya di rumah di Bandar Baharu. Kedua-dua lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 28 Julai ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI