fbpx

Forest City siasat kejadian tanah mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JALAN raya utama ke Forest City, Iskandar Puteri dilaporkan mendap melibatkan laluan sepanjang 25 meter.

ISKANDAR PUTERI – Pengurusan Forest City akan melakukan siasatan penuh berhubung kejadian tanah mendap yang berlaku di Jalan Forest City – Lebuh Tanjung Pelepas, di sini.

Pihaknya dalam satu kenyataan memberitahu, mereka juga akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan berhubung kejadian tersebut.

“Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 2 petang tadi, sebaik sahaja dimaklumkan, Forest City telah menghantar pasukan teknikal ke lokasi kejadian selain turut memaklumkan pihak berkuasa.

“Siasatan akan dibuat bagi mengenal pasti punca kejadian. Projek baik pulih akan dilaksanakan secepat mungkin dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan melalui media sosial Forest City dari masa ke semasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI