fbpx

Rider p-hailing mahu kadar upah dinaikkan kepada RM7

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap dalam sesi dialog Temu Anwar: Selangor X Belia P-Hailing di Laman Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), hari ini.

PETALING JAYA – Penunggang p-hailing meminta kadar upah pengambilan dan penghantaran di seluruh negara dinaikkan kepada RM7 untuk satu pesanan.

Ini kerana menurut mereka, kadar upah yang diberikan oleh semua syarikat p-hailing terlalu sedikit dan semakin rendah hari demi hari.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berjumpa dengan semua syarikat p-hailing untuk mencari jalan penyelesaian untuk masalah tersebut secepat mungkin.

“Bagi saya tempoh satu minggu untuk berjumpa dan berunding dengan syarikat p-hailing untuk mengutarakan masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika soal jawab sempena program Temu Anwar Selangor X Belia p-hailing 2023, di Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

RSS Error: A feed could not be found at `https://www.relevan.com.my/feed`. This does not appear to be a valid RSS or Atom feed.