fbpx

Komuniti Madani berperanan tangkis fitnah, berita palsu berkaitan kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Komuniti Madani peringkat Wilayah Persekutan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya di Dewan Eco Park, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Penubuhan badan sukarelawan, Komuniti Madani yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) berperanan sebagai penangkis utama terhadap sebarang isu, fitnah dan berita palsu berkaitan Kerajaan Perpaduan agar tidak disalah tafsir oleh masyarakat.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, Komuniti Madani merupakan satu platform tepat untuk menyalurkan informasi terkini dan sahih mengenai dasar-dasar serta inisiatif-inisiatif kerajaan kepada rakyat secara berterusan.

Selain itu, katanya, badan sukarela ini juga menjadi platform untuk menjawab dan menangkis sebarang is, fitnah dan berita palsu yang semakin menular bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

“Tiga teras utama penubuhan Komuniti Madani adalah bagi membantu pemasaran maklumat kerajaan, meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat dan menyuburkan perpaduan serta memupuk semangat patriotik dan kenegaraan.

“Kerajaan amat mengalu-alukan penyertaan masyarakat dalam usaha melestarikan komuniti berinformasi bagi menyampaikan maklumat yang sahih, telus dan bermanfaat,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Watikah Komuniti Madani peringkat Wilayah Persekutan (WP) Kuala Lumpur dan Putrajaya di sini, hari ini.

Tambah Fahmi, sebanyak 1,878 Komuniti Madani akan ditubuhkan di seluruh negara yang membantu meperkasakan usaha penyaluran maklumat Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.

“Daripada jumlah tersebut, 72 Komuniti Madani ditubuhkan di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya melibatkan 12 kawasan Parlimen,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI