fbpx

Cara Fazura layan peminat dipuji melambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA disifatkan mesra dan kelihatan sangat ikhlas menerima ajakan bergambar peminatnya.

KEINDAHAN keperibadian yang dimiliki Fazura sekali lagi menjadi bualan ramai dalam media sosial baru-baru ini.

Semuanya gara-gara tular video dia dikatakan tidak menyombong diri dan sangat ramah melayan peminat yang ingin bergambar bersama.

Dalam video tular tersebut, pelakon filem Pisau Cukur itu dipuji kerana membiarkan dirinya dicium oleh seorang wanita.

“Suka sangat cara dia melayan peminat, tidak ada geli atau takut kuman pun,” puji peminatnya.

“Keikhlasan dia melayan peminat memang sangat terserlah. Keperibadiannya sudah seperti seorang permaisuri pula,” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI