fbpx

Bayi lelaki ditinggal atas buaian depan rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi yang ditemui di hadapan rumah itu di Lorong Asrama Anak Yatim Batu 36, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Seorang pemandu lori terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di buaian besi hadapan rumahnya di Lorong Asrama Anak Yatim Batu 36 di sini, hari ini.

Bayi yang masih hidup dan dibaluti kain batik ditemui lelaki berusia 29 tahun berkenaan, kira-kira pukul 8.55 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, ketika kejadian pengadu yang mahu keluar bekerja ternampak sesuatu di atas buaian tersebut.

Katanya, lelaki itu kemudian membuka balutan kain batik berkenaan dan mendapati seorang bayi masih mempunyai tali pusat yang telah dipotong sebelum menghubungi pihak hospital untuk bantuan selanjutnya.

“Tiada sebarang dokumen atau barangan lain yang ditinggalkan berhampiran lokasi penemuan itu. Bayi itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) bagi rawatan lanjut dengan pemeriksaan mendapati tiada kecederaan fizikal dan berada dalam sihat,” katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI