fbpx

Lelaki hunus pisau mengamuk, seorang mati, 3 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEOUL , Korea Selatan – Amukan pisau di Sillim-dong awal petang tadi mengorbankan seorang, manakala tiga mangsa yang lain cedera, demikian menurut polis seperti laporan akhbar Korean Herald.

Insiden berlaku dekat Stesen Sillim di Gwanak- gu.

Pihak berkuasa menerima aduan insiden tersebut pukul 2.09 petang (waktu tempatan), menyatakan seorang lelaki menikam berbilang mangsa berhampiran Pintu Keluar Nombor 4 stesen berkenaan sebelum melarikan diri

Polis menangkap penyerang di lokasi kejadian pada pukul 2.20 petang. Suspek dilaporkan seorang lelaki Korea berusia dalam lingkungan 30-an dan mempunyai 17 rekod jenayah lampau.

Suspek dilaporkan menikam seorang lelaki yang berbual di telefon berhampiran Pintu Keluar Nombor 4. Suspek kemudian melarikan diri ke sebuah lorong berdekatan di mana dia menyerang lebih ramai mangsa.

Seorang saksi menceritakan bahawa penyerang memiliki ketinggian kira-kira 165 sentimeter, memakai seluar jeans bersama baju-T hitam.

Semua mangsa serangan adalah lelaki.

– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI