fbpx

Ikan lompat dalam mulut tersekat pada kerongkong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ikan mati itu dikeluarkan dari kerongkong mangsa. - Pusat perubatan daerah Giong Rieng

HANOI, Vietnam – Seorang lelaki di Vietnam terpaksa mendapatkan bantuan perubatan selepas seekor ikan tersekat di dalam kerongkongnya, lapor portal berita VNEXPRESS hari ini.

Lelaki berusia 55 tahun itu cuba menangkap ikan sebelum seekor ikan melompat ke dalam mulutnya dan tersekat pada kerongkongnya.

Dia cuba mengeluarkan ikan itu,  namun ia masuk lebih dalam. Duri ikan itu mencederakan kerongkongnya dan menyebabkan pendarahan.

Pesakit yang berasal dari wilayah Kien Gieng itu dikejarkan ke pusat perubatan daerah Giong Rieng,  minggu lalu.

Kelmarin ketua jabatan otorinolaringologi pusat perubatan berkenaan, Dr. Nguyen Hoang berkata, ikan itu berjaya dikeluarkan, namun kerongkong pesakit cedera teruk.

Pesakit itu menerima rawatan dan dibenarkan keluar selepas beberapa hari.

“Saya telah menangkap ikan sejak kecil, tetapi saya tidak pernah menghadapi situasi seperti ini,” kata pesakit tersebut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI