fbpx

Anak, menantu galak buat duit guna kelapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kahni (dua dari kiri) bersama ahli keluarganya menunjukkan sebahagian produk makanan tradisional Terengganu yang dihasilkan daripada kelapa di Kampung Batu Putih, Marang baru-baru ini.

MARANG – Produk makanan tradisional daripada kelapa menjadi sumber rezeki buat keluarga Mohd. Kahni Habsu, 57, sejak lebih 20 tahun lalu.

Beliau berkata, keluarganya mengusahakan hampir 10 makanan tradisional Terengganu yang bahan asas utamanya ialah nira, isi dan santan kelapa.

“Antara makanan tradisional Terengganu yang kami hasilkan ialah nira, manisan atau gula Melaka, loklik, dodol daun palas dan kopi nisan.

“Paling istimewa ialah makanan tradisional, kerak telur yang saya percaya kami satu-satu keluarga di negeri ini yang masih menghasilkannya secara komersial untuk jualan,” kata­nya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Batu Putih di sini semalam.

Mohd. Kahni berkata, semua ahli keluarganya terdiri daripada isteri, Suri Abdul Ghani, 54, dan lima anak serta menantu bergading bahu menguruskan perniagaan makanan tradisio­nal mereka.

Jelas beliau, kesemua produk makanan tradisional berasaskan kelapa itu dijual di Dataran Batu Putih di sini.

“Salah satu produk kami ialah kopi nisan iaitu minuman kopi yang dibancuh bersama manisan menjadi tular setelah dipromosi salah seorang menantu saya, Nur Nadirah Syuhadah Rahmat, 25, di media sosial.

“Minuman itu jadi ke­gemaran ramai di cawangan gerai kami berhampiran Jambatan Angkat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI