fbpx

Che’gubard tiba di mahkamah berdepan dua pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Hisham (baju hijau) ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini. Foto oleh Amir Khalid/Kosmo!

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gubard, tiba di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan memfitnah dan menghasut.

Che’gubard yang bergari dan memakai baju Melayu lengkap dikawal ketat polis sebelum dibawa masuk lobi mahkamah pda pukul 9.20 pagi.

Ketika dibawa polis, Che’gubard, 46, sempat memberi salam dan mengucapkan selamat hari raya kepada pengamal media yang mengambil fotonya.

Semalam, peguam Rafique Rashid Ali yang mewakili Che’gubard memaklumkan anak guamnya akan didakwa pada pukul 9.30 pagi.

Menurut peguam itu, beliau menerima pengesahan berhubung perkara itu daripada pihak Bukit Aman.

Rafique Rashid berkata, Badrul Hisham akan berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan memfitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan satu lagi pertuduhan menghasut mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

“Kenyataan memfitnah oleh pemilik akaun Facebook Chegu Bard yang menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan pertuduhan menghasut berhubung isu pengasas KK Supermart & Superstore Sdn Bhd mengadap Sultan Ibrahim,” kata peguam itu.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Che’gubard ditahan dan reman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI